BERDASARKAN PRINSIP SYARIAH

 Pada asalnya perbuatan merubah anggota asal manusia tanpa keperluan (hajiyyah) adalah diharamkan oleh syarak. Hal tersebut berdasarkan hadis bahawa Nabi SAW bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: “Allah SWT melaknat wanita-wanita yang melukis tatu dan wanita yang meminta dibuat tatu, wanita-wanita yang mencukur bulu kening dan wanita yang meminta mencukur bulu kening dan wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana ia merubah ciptaan Allah SWT".

                                                                                                                              Riwayat Muslim 2125

Ibn Hajar telah mensyarahkan hadis di atas seperti berikut:

وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ يُفْهَمُ مِنْهُ أَنَّ الْمَذْمُومَةَ مَنْ فَعَلَتْ ذَلِكَ لِأَجْلِ الْحُسْنِ فَلَوِ احْتَاجَتْ إِلَى ذَلِكَ لِمُدَاوَاةٍ مِثْلًا جَازَ

“Wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan difahami daripada hadis bahawa ia adalah perbuatan tercela, dia melakukannya untuk tujuan   kecantikan. Jika ianya dilakukan kerana keperluan  perubatan maka diharuskan  ( Lihat Fath al-Bari  10/372)

Sementara itu, Imam al-Nawawi memberi  makna perkataan   "  لِلْحُسْن   " :

وَأَمَّا قَوْلُهُ الْمُتَفَلِّجَاتُ لِلْحُسْنِ فَمَعْنَاهُ يَفْعَلْنَ ذَلِكَ طَلَبًا لِلْحُسْنِ وَفِيهِ إِشَارَةٌ إِلَى أَنَّ الْحَرَامَ هُوَ الْمَفْعُولُ لطلب الحسن أما  لو  احتاجت إِلَيْهِ لِعِلَاجٍ أَوْ عَيْبٍ فِي السِّنِّ وَنَحْوِهِ فلابأس والله أعلم

“Wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan “li husn” memberi makna   mereka buat perkara tersebut hanya  untuk kecantikan dan di dalam hadis ini mengisyaratkan bahawa yang haram itu adalah apa yang dilakukan untuk tujuan kecantikan.  Adapun sekiranya berhajat untuk merawat (suatu cela) atau kerana aib pada gigi maka dan seumpamanya, maka tidak menjadi masalah dan Allah lebih mengetahui (Rujuk al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim,14/107). 

Oleh itu, hadis tersebut sebagai hujah larangan terhadap segala perbuatan pengubahsuaian ciptaan-Nya yang semata-mata bertujuan kecantikan tanpa keperluan rawatan.

No comments:

Post a Comment