Dr. Yusuf Al-Qaradawi ada rekodkan hadis ini dalam kitabnya Halal Wal Haram Fil Islam,
“Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Hadis riwayat Tabrani)
Pada zaman dulu, perempuan yang mahu kelihatan cantik, dia akan mengikir gigi dia. Sudah terang lagi bersuluh, ini adalah salah satu bentuk mengubah ciptaan Allah. Hal ini temasuk dalam berlebihan kerana ia bukan lagi bertujuan untuk perubatan.
Perempuan yang mengikir gigi adalah bertujuan untuk kelihatan cantik semata-mata tetapi asalnya sudah normal.
Konklusi daripada perbincangan ini, terdapat dua hukum daripada pemakaian braces. Pertama, HARAM bagi sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa masalah pada gigi dan memakainya hanya tujuan kecantikan dan trend. Nas yang menyokong kuat hukum ini melalui hadis Baginda Muhammad s.a.w berkaitan dengan mengubah ciptaan Allah. Dan menjadi satu kebimbangan kepada golongan remaja yang gemar memakai fake braces, di mana hanya akan mendatangkan lebih kemudaratan berbanding kebaikan.
Namun, jika terdapat sebab tertentu seperti cacat sejak lahir atau mengalami kecederaan akibat kemalangan, kedudukan gigi yang tidak stabil dan memudaratkan, maka diHARUSkan untuk mendapatkan rawatan ortodontik dan braces.
No comments:
Post a Comment